Setelah membuat survey dan mengambil keputusan untuk menggunakan enjin CB70, maka bermulalah episod aku menjelajah ke pelusuk dunia untuk melihat model daihatsu charade G11 dan yang paling penting JDM spec.
Hasilnya ternyata model yang ada pada aku ketika itu merupakan model G11 MK1 iaitu first generation G11. Ia merupakan model pertama yang menggunakan khidmat styling detomaso untuk Daihatsu Charade. Inilah gambar JDM spec untuk model G11 aku tu.
Memang kemas hasil tangan detomaso. Aku telah berjumpa dengan satu base untuk memulakan transformasi kereta aku tu tapi tunggu....aku lebih berminat dengan model G11 MK2 iaitu jenis yang orang di semenanjung panggil Cateye. Haa...camni la rupanya cateye ni..
Memang lagi kemas dan lebih nampak modern. Aku pasti design ini tidak luput dek zaman atau orang kampung aku panggil evergreen. Bermula episod aku mencari bodykit untuk daihatsu charade G11 aku tu sambil-sambil mencari enjin CB70 untuk memulakan proses transformasi....yey
Posted by
grounded
0 comments:
Post a Comment