atmospheric pressure

interests - family - life


Cuaca dekat tempat kerja aku hari ini hujan dan suram. Tapi aku suka..waktu-waktu begini enjin kereta berjalan lancar dan macam lebih pick up dari biasa. Siapa pernah fikir tentang ini? Sebenarnya fenomena ini adalah berkaitan dengan atmospheric pressure. Bila cuaca sejuk seperti awal pagi dan lewat malam atau di kawasan yang lebih tinggi dari laut, tekanan atmosfera adalah berbeza dari normal iaitu ia akan berkurangan dari 1.01325 bar..nak tahu lebih lanjut sila ke SINI



Cuaca sejuk-sejuk macam ini seronok dapat minum secawan nescafe panas dan bersembang dengan kawan-kawan. Apakan daya sebab bekerja makan gaji tak boleh nak buat aktiviti sebegini. Sungguhpun begitu, aku baru tadi pulang dari sarapan dengan kawan-kawan sekerja dan walaupun masanya singkat tetapi memadailah.

Hujan selalunya dikaitkan dengan rahmat. Ia merupakan satu makanan kepada bumi dan dengan makanan ini bumi yang mati dapat hidup subur kembali. Seperti rumput dan pokok di rumah kita. Kalau nampak kuning dan nak mati tu cubalah siram 2 kali sehari dengan air, insya Allah kembali hijaulah ia.

Adakalanya hujan dikaitkan juga dengan bencana. Contohnya seperti banjir, laut bergelora dan seperti kisah Nabi Nuh di mana hujan telah membawa kepada banjir besar. Ia merupakan ujian dari Allah, samada dalam bentuk rahmat mahupun dalam bentuk bencana. Seharusnya kita memerhatikan kejadian ini dan mengambil pengajaran yang kita tidak mampu mengawal hujan. Apalah daya kita nak bagi hujan turun dekat afrika atau nak menghalang hujan dari turun masa kenduri kahwin kita. Ternyata ada kuasa lain yang lebih Agung dan Maha Besar yang mengawal ini semua.

Kalau kita memahami ini, maka kita tidak akan jadi angkuh dan sombong dengan pangkat kita, keturunan kita, warna kulit kita, kekayaan kita bahkan kita akan menjadi selalu rendah diri dan menghormati orang lain kan..kan..kan...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

About this blog

This blog deals with various topics and happenings around the author's life, his thoughts, ideas, activities and what not. Please leave a comment when you stop by okkie...

Followers