Aku baru selesai balik dari surau pejabat. Seharusnya kerja ini tak dilakukan di surau tetapi di masjid bersama orang ramai tetapi aku masih lagi lemah dalam hal ini. Surau pejabat aku ini menjadi tempat berkumpulnya bermacam ragam manusia.
Ada yang mengabdikan diri. Berdiri di depan Pencipta.
Ada yang mengabdikan diri. Duduk sopan berdepan.
Ada yang turut mengabdikan diri. Duduk dalam kumpulan bersembang.
Itu yang mengganggu aku. Bagaimana satu perbualan peribadi yang mahu dikongsi bersama semesta alam. Pelik, musykil dan tidak faham.
Teringat pula aku tentang sebuah buku karya Sheikh Yusuf Qardhawi iaitu Fiqh Awaliyyat. Ia menceritakan tentang keutamaan. Kita harus mengutamakan yang utama.
Utamakan yang fardhu sebelum sunat.
Utamakan yang bersolat sebelum yang berzikir.
Utamakan yang membaca Quran sebelum yang bertahmid,tahlil, tasbih.
Utamakan cerita kita sebelum orang bersolat atau berzikir?
Pelik, musykil dan tidak faham....
Posted by
grounded
0 comments:
Post a Comment