Siapa suka main buai? Aku memang kurang ingatan tentang zaman kanak-kanak aku dulu. Memang ada dua tiga peristiwa yang masih terpahat dalam ingatan tetapi kebanyakannya dah hilang dari kotak memori. Mungkin dulu-dulu tak ada hard disk mahupun CD yang kita boleh burn kan memori.
Seronok betul kan zaman kanak-kanak. Satu zaman tanpa bebanan belajar, kerja atau komplikasi perhubungan dewasa. Setiap hari penuh dengan gelak tawa, tangisan dan mainan. Ekspresi muka kanak-kanak paling mudah dibaca. Gembira, sedih, marah amat mudah dikesan terpancar di muka mereka.
Cuba tengkok Ms A ni....gembira ke?
Anak juga merupakan satu amanah kepada ayah ibu mereka. Bagaimana ayah ibu mendidik mereka akan mencorakkan personaliti mereka bila dewasa kelak. Persekitaran bagaimanapun yang disediakan dari segi materialnya, emosi mereka sebenarnya yang paling terkesan dengan didikan ibu ayah.
Melihat kepada perkembangan zaman kini, cabaran bagi ibu dan ayah adalah dalam mengajar anak apa yang baik dan apa yang buruk. Sekiranya kita berkata Islam mesti sembahyang, dia akan jawab "tapi Pakcik Ahmad tu tak sembahyang pun. Pakcik Ahmad bukan islam ke Ibu?" Masyarakat kini telah berkembang sehingga titik perbezaan baik dan buruk telah semakin kelam dan samar.
Alahai....dunia...dunia....
Posted by
grounded
5 comments:
salam...
seronok tengok gambar..tingat zaman kanak2 dulu best jer rasa..:]]
kite paling suke tengok respons kanak-kanak
sangat betul!
dalam sedar tak sedar, parents yang corakkan hidup mase depan anak2.
kids imitate people easily.
memang susah pun nak didik anak zaman sekarang.eceh macam dah ade anak je i kan.haha
dulusuke sangat main buai..
skrang kalau pg pantai sempat..
oleh sbb x ramai org dtg... slalu main buai..hehe
Post a Comment