atmospheric pressure

interests - family - life

Disini berakhirnya zaman bujang sahabat baikku Mr SAAS. Majlis telah berlangsung di Parit, Perak..No,no no bukan parit tempat laluan air tu tetapi Parit sebuah daerah di Perak Darul Ridzuan. Aku telah memanjangkan langkah dan menunaikan hak dia dengan menghadiri majlis yang dijalankan sederhana itu.

Bagaimana nak sampai ke Parit ni? Kalau kita dari Selangor/KL boleh melalui lebuhraya bertol PLUS atau melalui lebuhraya tanpa tol a.k.a jalan kampung(a.k.a ni shortform untuk "also known as" untuk para pembaca yang belum tahu). Kami telah melalui lebuhraya dengan keluar di Gopeng dan menyusuri jalan kampung terus ke pekan Parit dan terus ke rumah pengantin.

Cuba tengok pekan parit ni haa....siap ada landmark jam lagi...

Haa ni pun dia pengantin...amacam segak tak? Sejoli?

Kalau para pembaca ada jumpa pengantin ni di mana-mana boleh la honk atau angkat tangan atau senyum atau pergi ucap tahniah k..

Pulang dari kenduri aku terus menuju ke Lumut sebab memang dekat aje. Perjalanan selama 30 - 40 minit dari parit itu aku gunakan sepenuhnya untuk fokus ke jalan raya...hehehehe..yelah
kalau pandu kereta kena fokusla..


Kami telah menginap di Lumut Country Resort dengan harga RM95 satu malam tanpa breakfast. Kira oklah juga sebab resort ni ada swimming pool bertaraf Kg Dusun..Cuma tak ada WIFI aje so tak dapatlah nak update blog hingga pulang ke KL kelak. Aku pun layan la 2-3 lap swimming pool tu. Dah lama tak swim mengah jugak pakcik..hehehe..

Tinggal lagi 3 hari sebelum kita menjemput tiba tahun 2010 dan meninggalkan pergi tahun 2009. Tahun 2010 juga akan menyaksikan bermulanya satu 'charge' baru untuk pengguna kredit kad. Pengguna kredit kad akan dikenakan cukai sebanyak RM50 untuk setiap kad prinsipal dan RM25 untuk setiap kad supplementary.

Charge ini akan dikenakan pada setiap tahun anniversary kad anda. Bagaimana nak tahu anniversary kad? Senang aje, tarikhnya ada tertulis dekat kad iaitu dekat ruangan valid thru di muka depan kad. Contohnya 01/12 akan bermaksud anniversary kad adalah pada bulan satu. Jika 11/12 bermaksud anniversary kad bulan 11.

Hmmm kad aku bulan satu la pulak. Kena potong la ni.....

Nak tahu lebih lanjut boleh ke SINI.

Siapa suka main buai? Aku memang kurang ingatan tentang zaman kanak-kanak aku dulu. Memang ada dua tiga peristiwa yang masih terpahat dalam ingatan tetapi kebanyakannya dah hilang dari kotak memori. Mungkin dulu-dulu tak ada hard disk mahupun CD yang kita boleh burn kan memori.

Seronok betul kan zaman kanak-kanak. Satu zaman tanpa bebanan belajar, kerja atau komplikasi perhubungan dewasa. Setiap hari penuh dengan gelak tawa, tangisan dan mainan. Ekspresi muka kanak-kanak paling mudah dibaca. Gembira, sedih, marah amat mudah dikesan terpancar di muka mereka.

Cuba tengkok Ms A ni....gembira ke?

Anak juga merupakan satu amanah kepada ayah ibu mereka. Bagaimana ayah ibu mendidik mereka akan mencorakkan personaliti mereka bila dewasa kelak. Persekitaran bagaimanapun yang disediakan dari segi materialnya, emosi mereka sebenarnya yang paling terkesan dengan didikan ibu ayah.

Melihat kepada perkembangan zaman kini, cabaran bagi ibu dan ayah adalah dalam mengajar anak apa yang baik dan apa yang buruk. Sekiranya kita berkata Islam mesti sembahyang, dia akan jawab "tapi Pakcik Ahmad tu tak sembahyang pun. Pakcik Ahmad bukan islam ke Ibu?" Masyarakat kini telah berkembang sehingga titik perbezaan baik dan buruk telah semakin kelam dan samar.

Alahai....dunia...dunia....

Presenting...
Here she is our Auni...looking sweet in her pink baju kurung. She is the most demanding of the trio and very persistent in her requirements. Her buddy fighting mate would be Mr Aiman and Ms Aleya...

We had stopped by somewhere in Kota Tinggi during our adventure there the past weekend. We managed to stopped by Kota Tinggi waterfalls. My last visit was most probably during my time as an active sea scout member in JB. I vividly remember the bus ride to the water falls and all the diving, swimming and lepakking there.

Nowadays, the waterfall has been upgraded into a water park. Entrance fees is RM10 for adults and RM5 for child but we were given discounts the other day and paid RM7.50 for adults where as children were free. Mahal woo...

The waterfall was basically the same but with additional slides here and there just to realign with the water park theme. My verdict: Expansive and not worth it.

"Aku dah malas nak buat charade G11" begitulah kata pemilik bengkel Dream Machine ketika aku bertanya tentang kemungkinan untuk menukar nadi penggerak charade G11 aku dulu tu. Aku pun dah jadi serba salah tetapi keinginan untuk menukar nadi masih lagi kuat di dalam sanubari aku.

"Jom kita try tanya kedai Abg Mael" member aku mencadangkan.

Bengkel Abg Mael ni memang dahulunya terkenal dan pemilik dan pomen-pomen Dream Machine dahulunya memang bernaung di bawah bengkel abg Mael. Bengkel yang dikenali dengan C&C atau shortformnya Cars And Conversion terletak sepelaung dari bengkel Dream Machine.

"Abg boleh buat kereta kau tapi kau kena sabarla ye" Abg Mael menaikkan semangat aku. Abg Mael memang friendly dan melayan tetamu bengkel dengan tangan dan poket terbuka...hehehe..

Beginilah keadaan kereta aku tu setelah masuk bengkel. Memang dibaraikan habis.

Kalau ada pembaca yang nak convert kereta tu pastikan engine bay dicat. Modal untuk cat memang kena keluar sikit tapi kerjanya sekali aje dan mudah.

Inilah engine yang telah diperolehi dari halfcut Daihatsu Charade GTti.


Haa...dah siap pasang pun kat engine bay daihatsu charade aku...yehaa...

Aku baru selesai balik dari surau pejabat. Seharusnya kerja ini tak dilakukan di surau tetapi di masjid bersama orang ramai tetapi aku masih lagi lemah dalam hal ini. Surau pejabat aku ini menjadi tempat berkumpulnya bermacam ragam manusia.

Ada yang mengabdikan diri. Berdiri di depan Pencipta.
Ada yang mengabdikan diri. Duduk sopan berdepan.
Ada yang turut mengabdikan diri. Duduk dalam kumpulan bersembang.

Itu yang mengganggu aku. Bagaimana satu perbualan peribadi yang mahu dikongsi bersama semesta alam. Pelik, musykil dan tidak faham.

Teringat pula aku tentang sebuah buku karya Sheikh Yusuf Qardhawi iaitu Fiqh Awaliyyat. Ia menceritakan tentang keutamaan. Kita harus mengutamakan yang utama.

Utamakan yang fardhu sebelum sunat.
Utamakan yang bersolat sebelum yang berzikir.
Utamakan yang membaca Quran sebelum yang bertahmid,tahlil, tasbih.

Utamakan cerita kita sebelum orang bersolat atau berzikir?

Pelik, musykil dan tidak faham....

What are these people doing?


Looks like some photographers taking pictures of some animals at a zoo. The nearest guy with the white cap seems to be very focused and committed in taking the picture. Do you know what
animal these photographers are taking pictures of? Well, here they are.....

The kids are our kids actually hehehe and the picture was taken during the past aidilfitri gathering at my friends house somewhere at an apartment in danga bay. This gathering is an annual affair and the photographers are my friends from secondary school in JB.

Normally the gathering or get together will be held on the 3rd day of Raya and it will definitely clash with my family gathering. I will tell you about this sometime ok. The champion for this gathering is my friend mr Nizam, the fellow with the grey t shirt above.


Don't you feel amaze with children? They are capable of making friends within seconds and play along nicely...I wish adults can be as simple as that...

Standing in front of a shredder with a piece of paper in his hand,"Listen," said the CEO, "this is a very sensitive and important document, and my secretary has left. Can you make this thing work?" "Certainly," said the young executive. He turned the machine on, inserted the paper, and pressed the startbutton.



"Excellent, excellent!" said the CEO as his paper disappeared inside the shredder machine. "I just need one copy".

Moral: "NEVER, NEVER ASSUME THAT YOUR BOSS KNOWS EVERYTHING"

"Hari itu aku ada nampak satu kereta daihatsu charade G11 tersadai depan bengkel. Kereta dah complete bodykit" member aku bagi info.

Aku memang secara tiba-tiba naik semangat untuk mendapatkan bodykit Detomaso untuk Charade G11 aku tu. "Bila kau free? Jom kita pergi tengok kot-kot kereta tu nak dipotong. Boleh aku nego untuk ambil bodykit." aku memujuk sahabat aku yang seorang ini.

"Jom hari sabtu ni kita pergi" dia memberikan jawapan yang positif.

Bermulalah kisah pada hari sabtu yang hening, sahabat aku yang seorang tu dah mengenakan aku. Memang betul ada satu kereta charade G11 yang dah sempurna bodykit JDMnya dekat bengkel tetapi kereta itu jauh sekali dari tersadai. Ini gambar kereta bertuah itu


Kereta ini milik seorang anggota charade yang lama dan merupakan pemilik bengkel Dream Machine di pandan indah. Bengkel ini mempunyai pengalaman yang luas di dalam kereta Daihatsu. Sungguhpun aku tidak memperolehi bodykit warna kuning tetapi aku telah memperolehi bodykit warna putih...hehehe...

Inilah rupanya kereta kecil aku itu setelah disalin kepada cateye dan bodykit detomaso.


Kalau dikenangkan kembali, terasa pula membazirnya tetapi ketika itu, aku bercita-cita hanya untuk mempunyai kereta yang sedap mata memandang dan berupaya memberikan penggunaan minyak yang minimal buat aku ke tempat kerja sehari-hari.

Aku telah menggunakan kereta aku dalam keadaan asal berwarna warni untuk lebih dari 2 tahun sementara mencukupkan modal untuk mendapatkan enjin CB70 dan menghantar cat.


Cuaca dekat tempat kerja aku hari ini hujan dan suram. Tapi aku suka..waktu-waktu begini enjin kereta berjalan lancar dan macam lebih pick up dari biasa. Siapa pernah fikir tentang ini? Sebenarnya fenomena ini adalah berkaitan dengan atmospheric pressure. Bila cuaca sejuk seperti awal pagi dan lewat malam atau di kawasan yang lebih tinggi dari laut, tekanan atmosfera adalah berbeza dari normal iaitu ia akan berkurangan dari 1.01325 bar..nak tahu lebih lanjut sila ke SINI



Cuaca sejuk-sejuk macam ini seronok dapat minum secawan nescafe panas dan bersembang dengan kawan-kawan. Apakan daya sebab bekerja makan gaji tak boleh nak buat aktiviti sebegini. Sungguhpun begitu, aku baru tadi pulang dari sarapan dengan kawan-kawan sekerja dan walaupun masanya singkat tetapi memadailah.

Hujan selalunya dikaitkan dengan rahmat. Ia merupakan satu makanan kepada bumi dan dengan makanan ini bumi yang mati dapat hidup subur kembali. Seperti rumput dan pokok di rumah kita. Kalau nampak kuning dan nak mati tu cubalah siram 2 kali sehari dengan air, insya Allah kembali hijaulah ia.

Adakalanya hujan dikaitkan juga dengan bencana. Contohnya seperti banjir, laut bergelora dan seperti kisah Nabi Nuh di mana hujan telah membawa kepada banjir besar. Ia merupakan ujian dari Allah, samada dalam bentuk rahmat mahupun dalam bentuk bencana. Seharusnya kita memerhatikan kejadian ini dan mengambil pengajaran yang kita tidak mampu mengawal hujan. Apalah daya kita nak bagi hujan turun dekat afrika atau nak menghalang hujan dari turun masa kenduri kahwin kita. Ternyata ada kuasa lain yang lebih Agung dan Maha Besar yang mengawal ini semua.

Kalau kita memahami ini, maka kita tidak akan jadi angkuh dan sombong dengan pangkat kita, keturunan kita, warna kulit kita, kekayaan kita bahkan kita akan menjadi selalu rendah diri dan menghormati orang lain kan..kan..kan...

Be sure there's a problem in the first place before working hard to solve one.

A few days ago, I was having some work done at my local garage. A blonde came in and asked for a seven hundred ten.

We all looked at each other and another customer asked "What is a seven hundred ten?"

She replied, "You know, the little piece in the middle of the engine, I have lost it and need a new one."

She replied that she did not know exactly what it was but this piece had always been there.

The mechanic gave her a piece of paper and a pen and asked her to draw what the piece looked like.

She drew a circle and in the middle of it wrote 710.

He then took her over to another car which had its bonnet up and asked "is there a 710 on this car?"

She pointed and said, "Of course, its right there."

If you're not sure what a 710, see below:

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-




Setelah membuat survey dan mengambil keputusan untuk menggunakan enjin CB70, maka bermulalah episod aku menjelajah ke pelusuk dunia untuk melihat model daihatsu charade G11 dan yang paling penting JDM spec.


Hasilnya ternyata model yang ada pada aku ketika itu merupakan model G11 MK1 iaitu first generation G11. Ia merupakan model pertama yang menggunakan khidmat styling detomaso untuk Daihatsu Charade. Inilah gambar JDM spec untuk model G11 aku tu.


Memang kemas hasil tangan detomaso. Aku telah berjumpa dengan satu base untuk memulakan transformasi kereta aku tu tapi tunggu....aku lebih berminat dengan model G11 MK2 iaitu jenis yang orang di semenanjung panggil Cateye. Haa...camni la rupanya cateye ni..


Memang lagi kemas dan lebih nampak modern. Aku pasti design ini tidak luput dek zaman atau orang kampung aku panggil evergreen. Bermula episod aku mencari bodykit untuk daihatsu charade G11 aku tu sambil-sambil mencari enjin CB70 untuk memulakan proses transformasi....yey



Allahu Akbar!Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Hari raya aidiladha pada tahun ini disambut seperti biasa pada tahun-tahun sebelumnya oleh kami sekeluarga. Pagi-pagi setelah mengerjakan solat sunat hariraya di masjid berdekatan kami berangkat ke rumah bonda yang jauhnya setakat 5 minit perjalanan dengan kereta.

Pada tahun ini, kg kami mengorbankan 9 ekor lembu. Aku seperti biasa bertugas sama ada sebagai pelapah daging atau di unit pembahagian. Itulah seperti tahun-tahun yang lain juga. Pada hari Isnin pula, tempat kerja aku mengorbankan 4 ekor lembu dan aku juga bertugas di unit pembahagian.

Apabila kita muhasabah diri kita, kita pasti akan kagum dengan keimanan Nabi Ibrahim Alaihissalam. Bagaimana mungkin seorang bapa yang dengan penuh kepayahan tiada zuriat dan apabila dapat zuriat diminta mengorbankan pula zuriat itu. Aku tak dapat bayangkan bagaimana kepatuhan Nabi Ibrahim kepada arahan yang diterimanya itu. Cuba lihat wajah anak-anakku ini.
Sanggupkah kita mengorbankan mereka sebagaimana Nabi Ibrahim mengorbankan Nabi Ismail.


Itulah dia pengorbanan yang tertinggi hasil dari hati yang sejahtera.

Apakah kita dalam melihat dan melalui ibadah korban tahun demi tahun ini dapat merasakan perasaan seorang ayah yang diarahkan mengorbankan anaknya yang juga merupakan satu-satunya zuriat yang diperolehi setelah umur yang lanjut? Jauh sekali keimanan kita ni kan...

Ketika Nabi Ibrahim hampir-hampir tidak jadi mengorbankan Nabi Ismail, Nabi Ismail pula yang telah memberikan kekuatan dan semangat kepada ayahnya untuk meneruskan pengorbanan itu sebagaimana yang telah diarahkan. Lihat...seorang anak yang baru berumur sekitar 6-7 tahun sudah peka dan patuh kepada arahan Rabbnya...Kita pula bagaimana ya? Pasti anak-anak kita menangis dan berkata "Jangan teruskan Ayah!! Kasihanilah saya..."

Ya Allah, kuatkanlah iman kami sekeluarga sebagaimana Engkau menguatkan iman Nabi Ibrahim sekeluarga, janganlah engkau bebankan ke atas kami ujian yang tidak dapat kami pikul ya Allah...amin ya rabbal 'alamin....

Related Posts with Thumbnails

About this blog

This blog deals with various topics and happenings around the author's life, his thoughts, ideas, activities and what not. Please leave a comment when you stop by okkie...

Followers