"Hah!! Dah tak boleh ambil insurans third party??!!! Kenapa bro?" Aku membentak
"Sekarang tak boleh dah bro! Pos ofis aje yang boleh keluarkan insurans third party. Itupun ada quota" Azwa (Bukan nama sebenar) menjawab sambil tersengih
"Takpelah first party pun first party la" Aku bersetuju.
"Alamak bro! Kereta kau ni dah lebih 15 tahun la. Satu insurans aje nak ambil iaitu MAA. Insurans lain tak nak ambil lagi dah...semuanya premium+loading+Duti setem+PA jumlah keseluruhannya RM357" Azwa memberitahu.
"Adoihai...ni PA ni apasal pulak kena ambil? Sampai RM145 pulak tu" Aku masih tidak puas hati.
"Itu pihak MAA yang wajibkan la. Tak dapek eden nak tolong ni haaa"
Itulah dialog aku semalam. Semangat aku untuk membaharukan cukai jalan terus pudar dan timbul perasaan tidak puas hati yang membuak-buak dengan kerajaan!
Namun begitu, aku tetap bersyukur sebab aku tak perlu bayar ansuran bulanan kereta. Ini sebenarnya sebahagian dari teknik kerajaan untuk mengurangkan kenderaan lama di jalan dan menggalakkan (baca memaksa) rakyat marhaen membeli kereta baru. Pemilik kenderaan lama juga akan menghadapi kesukaran pada tahun 2011 apabila import barangan potong kereta dihalang.
Dilema...dilema...
Posted by
grounded
3 comments:
oo..baru saya tau..hmm,nk wat camne kan..sabar jelah
jasfra - tulah aku pun baru tahu haritu masa nak renew...
takbirrrrrrr....
Post a Comment