Aku agak sibuk menguruskan pemikiran ku sejak dari hari raya cina lagi. Banyak persoalan yang berligar di minda terutama tentang blogging. Antara ramai-ramai blogger ni ada pelbagai sebab mereka berblog dan aku termasuk dalam kaum blogger ni.
Kalau dulunya masa mula-mula buka blog, aku sibuk mendapatkan traffic sebab traffic itu dikatakan penting untuk keglamouran blog. Ada banyak cara untuk meningkatkan traffic antaranya menggunakan shoutmix atau apa-apa shoutbox yang ada dipasaran dan giat menjalankan aktiviti blogwalking iaitu kunjung mengunjung blog lain. Caranya:
1) Dapatkan shoutbox : sini atau sini
2) Register dan ambil code javascript
3) Pergi dekat customize blog>>layout>> add gadjet
4) Pilih javascript dan tampal code tadi.
5) Save
6) Pergi blog orang lain yang ada shoutbox dan bagi salam/ucap hi!
7) Rajin-rajin la berjalan (ni paling penting)
Setelah beberapa minggu aku mula merasakan aktiviti ini mengganggu kerja utama aku. Jadi aku mula mempersoalkan diri sendiri kenapa mesti jadi blogger. Sekarang baru aku realize yang aku jadi blogger untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang ada sedikit sebanyak kat diri aku ni. Terpulanglah, berapa ramai follower ke/ berapa banyak traffic ke aku dah tak peduli...tak peduli dan tak peduli....
So be it!
Posted by
grounded
0 comments:
Post a Comment