Aku baru saja membeli sepasang kasut clark terpakai tempoh hari untuk digunakan bagi bekerja. Kali ini aku berazam untuk menjaga kasut dan tidak hanya menggunakannya tanpa jaga. Tahukah anda ada beberapa jenis kulit yang digunakan untuk membuat kasut, beg atau baju. (Animals right group don't be offended k...)
Secara amnya ada 3 jenis kulit yang digunakan untuk menghasilkan barangan di atas:
1) Full grain - Kulit jenis ini merupakan kulit yang telah dibuang bulunya dan paling natural
2) Corrected grain - Kulit ini dari jenis yang telah dipolish untuk dibuang texturenya dan kebanyakan barangan kulit terhasil dari jenis yang ini.
3) Suede, Nubuck - Kulit ini dari jenis bahagian atas yang telah dipotong dari kulit full grain.
Nak tahu lanjut pergi sini dan sini.
Setiap jenis kulit ini memerlukan penjagaan yang berbeza tetapi secara amnya penjagaan kulit melibatkan 4 langkah iaitu:
1) Bersihkan
2) Conditioning
3) Polish
4) Preserve/waterproofing
Bagi kulit jenis full grain dan corrected grain langkah-langkah penjagaan adalah seperti berikut:
1) Mula-mula bersihkan menggunakan saddle soap/cleaner (Cleaner ni datang dalam berbagai bentuk umpamanya foam, liquid dan juga cream.)
2) Biarkan sehingga kering
3) Bersihkan guna kain cotton lembut
4) Sapukan pelembab (conditioner). Conditioner kalau boleh dari bahan yang natural dan bukan dari jenis chemical.
5) Sapukan lebihan pelembab dari kulit kerana kulit akan menyerap pelembab mengikut kemampuan serapannya sahaja.
6) Polish menggunakan polish di pasaran ataupun gunakan minyak walnut atau olive. (Tip: Jangan cuba tukar warna kulit kasut menggunakan polish. Kalau nak tukar warna silalah ke kedai servis kasut yang banyak terdapat di pasaraya terkemuka)
7) Sapu menggunakan kain cotton dan disusuli dengan berus lembut dan biarkan kering
8) Sapukan Beeswax sebagai protectant atau protectant spray untuk waterproofing
info tambahan
Jom kita jaga kasut supaya tahan lebih lama dan pembelian jadi berbaloi baloi...
Posted by
grounded
1 comments:
Assalamualaikum bos..sy memakai kasut keluaran tomaz fully leather (navy) dri cow skin.. Full grain.. Jadi disini sy nk tnya pendapat dri bos cadangan jenis produk yg bagus utk semua item care leather shoes diatas? Sabun, conditioner polish, waterproof semua tu? Sbelum ni sy just pndai kiwi kilat kasut kawad ja, bru2 ni bru ada org yg terangkan kepada sy.. So slama ni byk pembaziran dah yg sy bt sbb apabila kena hujam, sy terus basuh n jemur panas.. So yg look weird dan buruk mmg sy buang kerana sy ingat mmg tk boleh dijaga.. So harap bos boleh tlg selesaikan masalah sy.. Trima kasih
Post a Comment