Semalam sewaktu pulang dari kerja aku ada perasan satu kejadian yang tidak masuk akal. Pada waktu kejadian, aku sedang memandu dalam kelajuan 30-40km sejam dengan keadaan kereta bersusun perlahan. Secara tiba-tiba selang sepuluh kereta didepan aku berhenti dan memotong kereta dihadapan. Kami yang memandu dibelakang ni memperlahankan kenderaan dan mengikut potong..
Tahu apa yang terjadi? Ada sebuah kereta toyota innova berwarna hijau standard dipandu oleh seorang makcik bertudung pink telahpun berhenti ditepi jalan. Ada dua orang malaysia berkulit gelap, seorang berbaju putih dan seorang berbaju gelap sedang berada di tepi pintu driver dan melihat raut wajah ternyata sedang menahan kemarahan yang tidak diketahui puncanya.
Sebuah kereta myvi berwarna hitam yang berada selang 3-4 kereta dihadapan telah berhenti dibelakang innova tersebut dan keluar jejaka muda dalam lingkungan awal 30an dan terus berdiri diantara pintu driver innova yang telah dibuka dan 2 orang malaysia yang berkulit gelap tersebut dan bertindak menjadi pengadang.
Pada ketika itu aku telah pun memotong tempat kejadian dan terus pandu pulang. Malas nak berhenti untuk lihat dan ambil tahu sebab selang 4 kereta di belakang kereta aku merupakan kereta peronda polis dari jenis nissan xtrail. Biarlah polis selesaikan ye tak..gaji dah naik jadi buatlah kerja dengan cermat.
Jadi aku nak share dengan pembaca terutama kaum hawa ni tentang etika ketika memandu terutama kalau memandu seorang diri.
1) Pastikan pengguna lain tahu anda nak ke mana.
Gunakan indicator/signal kalau nak ke kiri atau kanan baik ketika memotong atau masuk simpang.
2) Biarkan kereta yang lebih laju memotong anda dari arah kanan.
Kalau bawa perlahan tolonglah duduk di line perlahan.
3) Kalau terjadi kejadian yang tidak diingini:
- Jangan sekali-kali keluar dari kereta dan pastikan kesemua pintu berkunci.
- Sekiranya kereta boleh dipandu, silalah pandu ke balai polis berdekatan.
- Sentiasa peka kepada keadaan persekitaran dan kalau hati tak sedap jangan keluar dari kereta.
- Terus telefon kerabat/kawan dan bagitahu tentang kejadian dan lokasi.
4) Elakkan dari keluar sendirian sebab ia bukan sunnah untuk wanita. Sunnahnya wanita mestilah keluar bersama muhrimnya dan ia bagi menjamin keselamatan wanita sendiri.
Prevention is better than cure!
"Baru tinggal sekejap dah bersawang" Itulah hakikatnya blog aku ni agaknya. Aku terlalu sibuk dengan penutupan akaun untuk koperasi untuk 'update' blog dan beramah mesra dengan kawan-kawan blog. Sorryla ye geng...
Harini ada satu berita dalam the star yang menceritakan tentang seorang budak yang tersepit dekat 'escalator'. Berita penuh boleh dibaca di SINI. Budak berumur lapan tahun ni boleh tersepit dekat 'escalator' di 'shopping complex'. Aduhaii...mestila sakit dan pengunjung lain tentu fobia.
Sesiapa yang ada anak dan akan ada anak akan datang tu tolonglah perhati sikit anak-anak ni. Memang betul budak-budak ni tabiatnya buas dan tak boleh jalan sopan santun macam orang dewasa tetapi itu tidak bermakna boleh dilepaskan berlari saja. Pastikan kita orang dewasa ni monitor diaorang terutama ketika naik lif atau 'escalator'.
Kalau ada anak buah atau anak sendiri pastikan diaorang di berikan berita ini untuk diaorang baca sendiri supaya mudah-mudahan diaorang ingat akan bahayanya alat ciptaan manusia ni....
Ada satu berita di dalam surat khabar semalam yang menarik perhatianku. Berita di bahagian world section membawa tajuk saintis menemui planet baru (Dialih bahasa sesuka hati oleh grounded). Planet ini telah dipanggil super-earth oleh para saintis dan kedudukan dia berada sejauh 40 tahun cahaya dari bumi. Nak tahu lebih lanjut sila ke SINI
Berita ini membuatkan aku tersentak dan terfikir tentang syurga Allah ta'ala. Allah telah menerangkan tentang syurga yang luas janji buat orang mukmin yang menemuiNya dengan jiwa yang sejahtera. Syurga yang diterangkan sebagai luas merupakan satu perkara yang diluar jangkauan pemikiran kita tetapi dengan penemuan planet baru ini dan planet-planet sebelumnya maka terbuktilah melalui ilmu yakin bahawa alam semesta memang tersangatlah luas. Oleh yang demikian penciptaan syurga bukanlah sesuatu yang mustahil dan dibandingkan dengan penemuan ilmu sains ia merupakan satu kepastian yang berlaku.
"Ya Allah, jadikanlah aku seorang mukmin yang jiwanya sejahtera begitu juga ahli keluargaku, sahabat-sahabatku, guru-guruku dan sekalian orang muslim dan mukmin. Bukakanlah pintu hati kami untuk menerima ilmuMu dan jadikanlah kami orang yang faham."
Kerdil rasanya.....

Cuaca dekat tempat kerja aku hari ini hujan dan suram. Tapi aku suka..waktu-waktu begini enjin kereta berjalan lancar dan macam lebih pick up dari biasa. Siapa pernah fikir tentang ini? Sebenarnya fenomena ini adalah berkaitan dengan atmospheric pressure. Bila cuaca sejuk seperti awal pagi dan lewat malam atau di kawasan yang lebih tinggi dari laut, tekanan atmosfera adalah berbeza dari normal iaitu ia akan berkurangan dari 1.01325 bar..nak tahu lebih lanjut sila ke SINI![]()
Cuaca sejuk-sejuk macam ini seronok dapat minum secawan nescafe panas dan bersembang dengan kawan-kawan. Apakan daya sebab bekerja makan gaji tak boleh nak buat aktiviti sebegini. Sungguhpun begitu, aku baru tadi pulang dari sarapan dengan kawan-kawan sekerja dan walaupun masanya singkat tetapi memadailah.
Hujan selalunya dikaitkan dengan rahmat. Ia merupakan satu makanan kepada bumi dan dengan makanan ini bumi yang mati dapat hidup subur kembali. Seperti rumput dan pokok di rumah kita. Kalau nampak kuning dan nak mati tu cubalah siram 2 kali sehari dengan air, insya Allah kembali hijaulah ia.
Adakalanya hujan dikaitkan juga dengan bencana. Contohnya seperti banjir, laut bergelora dan seperti kisah Nabi Nuh di mana hujan telah membawa kepada banjir besar. Ia merupakan ujian dari Allah, samada dalam bentuk rahmat mahupun dalam bentuk bencana. Seharusnya kita memerhatikan kejadian ini dan mengambil pengajaran yang kita tidak mampu mengawal hujan. Apalah daya kita nak bagi hujan turun dekat afrika atau nak menghalang hujan dari turun masa kenduri kahwin kita. Ternyata ada kuasa lain yang lebih Agung dan Maha Besar yang mengawal ini semua.
Kalau kita memahami ini, maka kita tidak akan jadi angkuh dan sombong dengan pangkat kita, keturunan kita, warna kulit kita, kekayaan kita bahkan kita akan menjadi selalu rendah diri dan menghormati orang lain kan..kan..kan...
Allahu Akbar!Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Hari raya aidiladha pada tahun ini disambut seperti biasa pada tahun-tahun sebelumnya oleh kami sekeluarga. Pagi-pagi setelah mengerjakan solat sunat hariraya di masjid berdekatan kami berangkat ke rumah bonda yang jauhnya setakat 5 minit perjalanan dengan kereta.
Pada tahun ini, kg kami mengorbankan 9 ekor lembu. Aku seperti biasa bertugas sama ada sebagai pelapah daging atau di unit pembahagian. Itulah seperti tahun-tahun yang lain juga. Pada hari Isnin pula, tempat kerja aku mengorbankan 4 ekor lembu dan aku juga bertugas di unit pembahagian.
Apabila kita muhasabah diri kita, kita pasti akan kagum dengan keimanan Nabi Ibrahim Alaihissalam. Bagaimana mungkin seorang bapa yang dengan penuh kepayahan tiada zuriat dan apabila dapat zuriat diminta mengorbankan pula zuriat itu. Aku tak dapat bayangkan bagaimana kepatuhan Nabi Ibrahim kepada arahan yang diterimanya itu. Cuba lihat wajah anak-anakku ini.
Sanggupkah kita mengorbankan mereka sebagaimana Nabi Ibrahim mengorbankan Nabi Ismail.
Itulah dia pengorbanan yang tertinggi hasil dari hati yang sejahtera.
Apakah kita dalam melihat dan melalui ibadah korban tahun demi tahun ini dapat merasakan perasaan seorang ayah yang diarahkan mengorbankan anaknya yang juga merupakan satu-satunya zuriat yang diperolehi setelah umur yang lanjut? Jauh sekali keimanan kita ni kan...
Ketika Nabi Ibrahim hampir-hampir tidak jadi mengorbankan Nabi Ismail, Nabi Ismail pula yang telah memberikan kekuatan dan semangat kepada ayahnya untuk meneruskan pengorbanan itu sebagaimana yang telah diarahkan. Lihat...seorang anak yang baru berumur sekitar 6-7 tahun sudah peka dan patuh kepada arahan Rabbnya...Kita pula bagaimana ya? Pasti anak-anak kita menangis dan berkata "Jangan teruskan Ayah!! Kasihanilah saya..."
Ya Allah, kuatkanlah iman kami sekeluarga sebagaimana Engkau menguatkan iman Nabi Ibrahim sekeluarga, janganlah engkau bebankan ke atas kami ujian yang tidak dapat kami pikul ya Allah...amin ya rabbal 'alamin....