"Lagi 2 minggu siapla kereta kau tu" Abg Mael memberikan jaminan. Aku masa itu memang dah excited dan tak sabar-sabar nak drive. Yela dah dekat 4 bulan kereta mengalami proses transformasi dan aku pun dah tak larat nak singgah bengkel untuk melihat perkembangan kereta charade G11 aku tu.
Setelah 2 minggu berlalu, tibalah masanya untuk aku mengambil kereta aku dan memberikan 'sumbangan' yang sepatutnya kepada Abg Mael. Aku masih ingat lagi hari sabtu yang bersejarah itu ketika aku memandu kereta aku keluar dari bengkel dan terus menuju ke tempat alignment favorit aku dan terus pandu pulang ke rumah.
Inilah hasilnya kerja keras tangan abg Mael. Terima kasih bro atas hasil yang muwahhh tip top dan pengalaman berharga kepada aku dalam dunia permotoran. Aku banyak belajar tentang modifikasi dengan melihat sifu ni bekerja dan pengajaran yang aku dapat masih lagi aku praktikkan hingga ke hari ini dalam aktiviti DIY aku. Kalau ada masa aku akan cerita pasal aktiviti DIY kereta aku pula okkie...
Lihatlah dalaman kereta aku ni.
Nanti aku cerita pasal meter warna putih dekat belah kanan tu. Segala yang ada di dalam kereta aku memang ada gunanya kerana aku tidak percaya kepada membuang duit hanya untuk 'show'.
Bersambung......
"Aku dah malas nak buat charade G11" begitulah kata pemilik bengkel Dream Machine ketika aku bertanya tentang kemungkinan untuk menukar nadi penggerak charade G11 aku dulu tu. Aku pun dah jadi serba salah tetapi keinginan untuk menukar nadi masih lagi kuat di dalam sanubari aku.
"Jom kita try tanya kedai Abg Mael" member aku mencadangkan.
Bengkel Abg Mael ni memang dahulunya terkenal dan pemilik dan pomen-pomen Dream Machine dahulunya memang bernaung di bawah bengkel abg Mael. Bengkel yang dikenali dengan C&C atau shortformnya Cars And Conversion terletak sepelaung dari bengkel Dream Machine.
"Abg boleh buat kereta kau tapi kau kena sabarla ye" Abg Mael menaikkan semangat aku. Abg Mael memang friendly dan melayan tetamu bengkel dengan tangan dan poket terbuka...hehehe..
Beginilah keadaan kereta aku tu setelah masuk bengkel. Memang dibaraikan habis.Kalau ada pembaca yang nak convert kereta tu pastikan engine bay dicat. Modal untuk cat memang kena keluar sikit tapi kerjanya sekali aje dan mudah.
Inilah engine yang telah diperolehi dari halfcut Daihatsu Charade GTti.
Haa...dah siap pasang pun kat engine bay daihatsu charade aku...yehaa...
"Hari itu aku ada nampak satu kereta daihatsu charade G11 tersadai depan bengkel. Kereta dah complete bodykit" member aku bagi info.
Aku memang secara tiba-tiba naik semangat untuk mendapatkan bodykit Detomaso untuk Charade G11 aku tu. "Bila kau free? Jom kita pergi tengok kot-kot kereta tu nak dipotong. Boleh aku nego untuk ambil bodykit." aku memujuk sahabat aku yang seorang ini.
"Jom hari sabtu ni kita pergi" dia memberikan jawapan yang positif.
Bermulalah kisah pada hari sabtu yang hening, sahabat aku yang seorang tu dah mengenakan aku. Memang betul ada satu kereta charade G11 yang dah sempurna bodykit JDMnya dekat bengkel tetapi kereta itu jauh sekali dari tersadai. Ini gambar kereta bertuah itu
Kereta ini milik seorang anggota charade yang lama dan merupakan pemilik bengkel Dream Machine di pandan indah. Bengkel ini mempunyai pengalaman yang luas di dalam kereta Daihatsu. Sungguhpun aku tidak memperolehi bodykit warna kuning tetapi aku telah memperolehi bodykit warna putih...hehehe...
Inilah rupanya kereta kecil aku itu setelah disalin kepada cateye dan bodykit detomaso.
Kalau dikenangkan kembali, terasa pula membazirnya tetapi ketika itu, aku bercita-cita hanya untuk mempunyai kereta yang sedap mata memandang dan berupaya memberikan penggunaan minyak yang minimal buat aku ke tempat kerja sehari-hari.
Aku telah menggunakan kereta aku dalam keadaan asal berwarna warni untuk lebih dari 2 tahun sementara mencukupkan modal untuk mendapatkan enjin CB70 dan menghantar cat.
Setelah membuat survey dan mengambil keputusan untuk menggunakan enjin CB70, maka bermulalah episod aku menjelajah ke pelusuk dunia untuk melihat model daihatsu charade G11 dan yang paling penting JDM spec.
Hasilnya ternyata model yang ada pada aku ketika itu merupakan model G11 MK1 iaitu first generation G11. Ia merupakan model pertama yang menggunakan khidmat styling detomaso untuk Daihatsu Charade. Inilah gambar JDM spec untuk model G11 aku tu.
Memang kemas hasil tangan detomaso. Aku telah berjumpa dengan satu base untuk memulakan transformasi kereta aku tu tapi tunggu....aku lebih berminat dengan model G11 MK2 iaitu jenis yang orang di semenanjung panggil Cateye. Haa...camni la rupanya cateye ni..
Memang lagi kemas dan lebih nampak modern. Aku pasti design ini tidak luput dek zaman atau orang kampung aku panggil evergreen. Bermula episod aku mencari bodykit untuk daihatsu charade G11 aku tu sambil-sambil mencari enjin CB70 untuk memulakan proses transformasi....yey
Kereta Daihatsu charade warna merah Ferrari yang aku beli tempoh hari menggunakan enjin berkod CB23. Enjin ini berkeupayaan 1 liter dan menggunakan carburetor sebagai pencetus bahan apinya. Tengoklah sendiri keadaan enjin CB23 ni..
Tidak berpuas hati dengan keupayaan kereta kecilku ini, aku mula membuat kajian bagaimana mahu meningkatkan prestasi kereta charade merah Ferrari ni dan meningkatkan penjimatan petrol.
Tetapi memandangkan enjin tersebut sangat jarang ditemui di
Enjin kedua dalam senarai nadi penggerak merupakan enjin berkod CB50/51 yang merupakan sebuah enjin carburetor turbo. Tengok keadaan enjin CB50/51 ni..
Best Enjin ketiga dalam senarai merupakan enjin yang tidak asing lagi dalam dunia kcar iaitu enjin berkod EJ-DE. Enjin ini berkeupayaan 989cc dengan kuasa maxima 40.5kW pada 5200RPM dan torque maxima 88.5Nm pada 3600RPM. Enjin ini merupakan enjin NA(makna NA untuk kawan-kawan yang belum tahu adalah Normal Aspirated) dan dari model Perodua Kelisa di Malaysia atau Daihatsu Cuore di Jepun. Masalah enjin ini adalah mountingnya duduk di bawah dan amat berbeza dengan mounting enjin CB yang merupakan straight swap kepada body Daihatsu charade.
Enjin keempat dalam senarai merupakan enjin CB70/80 yang menjadi idaman pengguna charade.
Enjin ini merupakan sebuah enjin turbo DOHC berkeupayaan 993cc dengan kuasa maxima 78kW pada 6500RPM dan torque maxima 130Nm pada 3500RPM. Setelah menilai dan memikirkan penggunaan jangka masa panjang, aku telah membuat keputusan untuk menggunakan enjin ini dalam kereta kecil berwarna merah Ferrari ku itu. Yang paling best enjin ini merupakan satu kerja straight swap untuk body charade aura dan sedikit modifikasi untuk body charade G11 yang aku guna dan mengambil kira power to weight aku pasti lebih menjimatkan dari segi penggunaan petrol…yehaa….
Hari ini aku ingin memperkenalkan kereta pertama aku yang diperolehi tanpa hutang..(hutang personal loan je hehehe). Inilah kereta yang telah berjaya memperolehi tempat dalam garaj kereta ku
Kereta merah ferrari ini merupakan kereta yang ke9 aku lihat pada hari bersejarah tersebut. Disebabkan keadaan stock standardnya dan engine tiptop maka aku pun terus sambar ajelah.
Damage kepada poket RM 5k....
