atmospheric pressure

interests - family - life

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Terdapat banyak antivirus di pasaran sekarang ini dan harganya telah murah berbanding dengan ketika zaman plaza imbi dahulu. Bayangkan harga antivirus dahulu akan mencecah ratusan ringgit dan ini akan menyukarkan orang yang bajet kecil untuk memperolehinya melainkan membeli yang cetak rompak. Sekarang ini kalau beli kaspersky baru bernilai RM50 campur tolak dan boleh diperolehi di stesen petronas. Tetapi lesennya untuk tahunan ye jangan lupa.

Sungguhpun begitu, untuk orang yang bajetnya masih lagi kecil dan mencari yang bargain, kita boleh gunakan antivirus yang free. Cuma macamana nak tahu mana satu yang ok dan boleh menghalang kebanyakan virus?

Antara antivirus percuma yang terkenal sekarang ini adalah seperti berikut:

1) Avira Antivir personal
2) Avast 4 home edition
3) AVG free edition

Setiap antivirus ini telah pun diakreditasi oleh VB100%, ICSALabs dan Checkmark. Untuk itu, kita boleh tengok review dari sini atau dari AV-test.org yang merupakan satu projek untuk menganalisis antivirus yang ada di pasaran.

So mana satu antivirus yang bagus? Mengikut review, kategori berikut telah dijadikan criteria penilaian.

  1. Kadar detection - Avast mendapat markah tertinggi di sini tetapi kadar positif yang salah juga tinggi.
  2. Masa respon - Masa respon adalah masa dimana developer antivirus ini mengeluarkan antivirus kepada virus-virus baru. Avira mendapat rating yang tinggi disini.
  3. Compressed dan archived files - Rating tinggi untuk criteria ini adalah Avira
  4. Adware dan spyware - ketiga-tiga antivirus tidak memperolehi rating yang baik untuk kriteria ini dengan Avast memperolehi rating terbaik daripada ketiga-tiga antivirus.
  5. Kesan pada sistem - kriteria ini merupakan disk space yang digunakan dimana AVG mendapat rating terbaik iaitu 30Mb sahaja.
  6. Support - Free pun nak support ke?
Penggunaan antivirus ini yang paling penting adalah updates. Pastikan sentiasa mendapat update terkini baik untuk antivirus berbayar mahupun yang free. Perlukah kepada antivirus? Lu pikir la sendiri.......


Salam semua!

Hari ini aku ada mendapat satu email dari nuffnang. Email ni berkenaan iklan-iklan yang diletak pada blog. Rumusan surat:

1) Pendapatan untuk iklan dari nuffnang 2 cara iaitu:

  • metered campaign = bayaran mengikut jumlah pelawat yang melihat iklan. Jadi ini bergantung kepada traffic yang blog kita perolehi.
  • cost per click (CPC) = bayaran mengikut jumlah klik yang orang lakukan pada iklan di blog kita.
2) Ada orang/pelawat/owner blog yang klik banyak kali pada iklan di blog. Ini merupakan satu kesalahan kepada syarat-syarat yang kita sebagai owner blog telah persetujui semasa buka akaun nuff dulu.

3) Sebelum ini, Nuffnang pernah ban dan blacklist blog yang telah dikenalpasti menjalankan aktiviti seperti no 2 di atas dan mereka berupaya untuk mengenalpasti pesalah melalui sistem mereka.

Oleh itu, kepada pengunjung dan kawan-kawan kalau nak klik iklan, pastikan anda teruja dengan iklan itu dan please klik sekali saja ok....


Aku baru saja membeli sepasang kasut clark terpakai tempoh hari untuk digunakan bagi bekerja. Kali ini aku berazam untuk menjaga kasut dan tidak hanya menggunakannya tanpa jaga. Tahukah anda ada beberapa jenis kulit yang digunakan untuk membuat kasut, beg atau baju. (Animals right group don't be offended k...)

Secara amnya ada 3 jenis kulit yang digunakan untuk menghasilkan barangan di atas:

1) Full grain - Kulit jenis ini merupakan kulit yang telah dibuang bulunya dan paling natural

2) Corrected grain - Kulit ini dari jenis yang telah dipolish untuk dibuang texturenya dan kebanyakan barangan kulit terhasil dari jenis yang ini.

3) Suede, Nubuck - Kulit ini dari jenis bahagian atas yang telah dipotong dari kulit full grain.

Nak tahu lanjut pergi sini dan sini.

Setiap jenis kulit ini memerlukan penjagaan yang berbeza tetapi secara amnya penjagaan kulit melibatkan 4 langkah iaitu:

1) Bersihkan
2) Conditioning
3) Polish
4) Preserve/waterproofing

Bagi kulit jenis full grain dan corrected grain langkah-langkah penjagaan adalah seperti berikut:

1) Mula-mula bersihkan menggunakan saddle soap/cleaner (Cleaner ni datang dalam berbagai bentuk umpamanya foam, liquid dan juga cream.)

2) Biarkan sehingga kering

3) Bersihkan guna kain cotton lembut

4) Sapukan pelembab (conditioner). Conditioner kalau boleh dari bahan yang natural dan bukan dari jenis chemical.

5) Sapukan lebihan pelembab dari kulit kerana kulit akan menyerap pelembab mengikut kemampuan serapannya sahaja.

6) Polish menggunakan polish di pasaran ataupun gunakan minyak walnut atau olive. (Tip: Jangan cuba tukar warna kulit kasut menggunakan polish. Kalau nak tukar warna silalah ke kedai servis kasut yang banyak terdapat di pasaraya terkemuka)

7) Sapu menggunakan kain cotton dan disusuli dengan berus lembut dan biarkan kering

8) Sapukan Beeswax sebagai protectant atau protectant spray untuk waterproofing

info tambahan

Jom kita jaga kasut supaya tahan lebih lama dan pembelian jadi berbaloi baloi...

Related Posts with Thumbnails

About this blog

This blog deals with various topics and happenings around the author's life, his thoughts, ideas, activities and what not. Please leave a comment when you stop by okkie...

Followers

DANA

Incoming Calls


ShoutMix chat widget