"Lagi 2 minggu siapla kereta kau tu" Abg Mael memberikan jaminan. Aku masa itu memang dah excited dan tak sabar-sabar nak drive. Yela dah dekat 4 bulan kereta mengalami proses transformasi dan aku pun dah tak larat nak singgah bengkel untuk melihat perkembangan kereta charade G11 aku tu.
Setelah 2 minggu berlalu, tibalah masanya untuk aku mengambil kereta aku dan memberikan 'sumbangan' yang sepatutnya kepada Abg Mael. Aku masih ingat lagi hari sabtu yang bersejarah itu ketika aku memandu kereta aku keluar dari bengkel dan terus menuju ke tempat alignment favorit aku dan terus pandu pulang ke rumah.
Inilah hasilnya kerja keras tangan abg Mael. Terima kasih bro atas hasil yang muwahhh tip top dan pengalaman berharga kepada aku dalam dunia permotoran. Aku banyak belajar tentang modifikasi dengan melihat sifu ni bekerja dan pengajaran yang aku dapat masih lagi aku praktikkan hingga ke hari ini dalam aktiviti DIY aku. Kalau ada masa aku akan cerita pasal aktiviti DIY kereta aku pula okkie...
Lihatlah dalaman kereta aku ni.
Nanti aku cerita pasal meter warna putih dekat belah kanan tu. Segala yang ada di dalam kereta aku memang ada gunanya kerana aku tidak percaya kepada membuang duit hanya untuk 'show'.
Bersambung......
Posted by
grounded
4 comments:
jom naek keta !..vrooooommmmm
NiNa': jommm...isi minyak je k...
bleh2.. singit 1 liter.ahaha
as salam. saya ade charade g11 lampu petak tu. boleh x convert jadi g11 cateye?. dashboard ape ye sesuai dan senang pasang kat g11? engine pula, engine ape ye yang sesuai dan diluluskan puspakom?
Post a Comment