atmospheric pressure

interests - family - life

Ada satu berita di dalam surat khabar semalam yang menarik perhatianku. Berita di bahagian world section membawa tajuk saintis menemui planet baru (Dialih bahasa sesuka hati oleh grounded). Planet ini telah dipanggil super-earth oleh para saintis dan kedudukan dia berada sejauh 40 tahun cahaya dari bumi. Nak tahu lebih lanjut sila ke SINI

Berita ini membuatkan aku tersentak dan terfikir tentang syurga Allah ta'ala. Allah telah menerangkan tentang syurga yang luas janji buat orang mukmin yang menemuiNya dengan jiwa yang sejahtera. Syurga yang diterangkan sebagai luas merupakan satu perkara yang diluar jangkauan pemikiran kita tetapi dengan penemuan planet baru ini dan planet-planet sebelumnya maka terbuktilah melalui ilmu yakin bahawa alam semesta memang tersangatlah luas. Oleh yang demikian penciptaan syurga bukanlah sesuatu yang mustahil dan dibandingkan dengan penemuan ilmu sains ia merupakan satu kepastian yang berlaku.

"Ya Allah, jadikanlah aku seorang mukmin yang jiwanya sejahtera begitu juga ahli keluargaku, sahabat-sahabatku, guru-guruku dan sekalian orang muslim dan mukmin. Bukakanlah pintu hati kami untuk menerima ilmuMu dan jadikanlah kami orang yang faham."

Kerdil rasanya.....

2 comments:

topik yang menarik dan bermanfaat(x baca abes lg artikel yg dilampirkan)hehehe. ada kawan bg link ni:http://mistisfiles.blogspot.com/2009/12/temubual-sempena-tahun-baru-hijrah-1431.html
best gak

lama tak update?

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

About this blog

This blog deals with various topics and happenings around the author's life, his thoughts, ideas, activities and what not. Please leave a comment when you stop by okkie...

Followers

DANA

Incoming Calls


ShoutMix chat widget