atmospheric pressure

interests - family - life

Hari ini aku nak bercerita tentang kos keseluruhan memiliki kenderaan (total costs of ownership). Ramai yang pada hari ini memiliki kenderaan baru yang diperolehi hasil titik peluh dan payah jerih berkerja sama ada di sawah padi, kebun sawit ataupun dalam keempukan kerusi eksekutif pejabat. Aku juga pada satu masa dahulu tidak terkecuali dari mengikuti trend semasa dan ditambah lagi dengan geografi tempat kerja yang telah menjadikan kenderaan itu satu keperluan dan bukan lagi satu kemahuan.

Inilah kereta pertama yang aku beli.

Kerata buatan nasional ini diperolehi melalui pinjaman bank selama tujuh tahun dan sedikit wang pendahuluan sebanyak RM 5k. Sahabatku orang banyak hutang mesti marahkan aku dalam keputusan memperolehi sebuah kereta BARU. Setelah 2 tahun menggunakan kereta tersebut, aku telah menyedari kesilapan keputusan yang telah aku buat. Ketika membuat bajet untuk membeli kereta ini aku terlupa tentang total costs of ownership. Aku percaya ramai yang terperangkap dengan kealpaan mereka tentang konsep ini.

Jom kita lihat total costs of ownership untuk kereta baru aku dulu. Pengiraan adalah berdasarkan bulanan dan dibuat berdasarkan data tahun kedua pemilikan kereta baruku
  • 1) Ansuran bulanan RM680 = RM680
  • 2) Cukai jalan RM213.70/12 bln =RM17.80
  • 3) Insurans RM1400/12 bulan =RM117

Kos ini akan berkurangan mengikut tahun kerana nilai kereta menurun dan ada diskaun NCD(No Claim Discount)

  • 4) Kos maintenan RM1000/12 bulan =RM83.30

Kos maintenan ini termasuk kos minyak hitam, alignment balancing tayar dan alat ganti. Kos ini selalunya meningkat mengikut tahun kerana tiada benda yang tahan selamanya hehehe

  • 5) Tayar baru RM800/12 bulan =RM67

Aku travel minima sehari 120km jadi korang fikir la sendiri…

  • 6) Kos cuci kereta RM7 =RM 7
  • TOTAL COSTS OF OWNERSHIP =RM972.10

Dalam membuat bajet bulanan, total costs of ownership ini perlu diambil kira supaya duit kita cukup untuk belanja. Jangan tersilap ambil kira ansuran sahaja nanti bila cukup tahun duit kita pasti tak cukup untuk bayar insuran dan cukai jalan. Perghh itu baru satu kereta, macam mana orang yang ada 2-3-4 kereta???

Aku telah membuat keputusan untuk melepaskan kereta baru itu untuk sebuah kereta lain bagi membantu menyampaikan aku dari satu destinasi A ke destinasi B dalam keadaan selesa. Paling best kos memiliki amat rendah dan keadaan kereta jauh lebih baik dari kereta baru aku dulu!

Jadi rancanglah bajet anda mengikut kemampuan dan pastikan mengambil kira semua factor dalam membuat keputusan tentang belanjawan bulanan kita ok…jangan lupa an error doesn’t become a mistake until you fail to correct it…

National Automotive Policy (NAP)

Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan NAP (National Automotive Policy). Kita sebagai rakyat dan pengguna jalan raya, pemilik kenderaan yang kini menjadi keperluan bukan lagi kemahuan seharusnya memerhati dan menilai NAP ini dengan betul kerana ia memberikan kesan kepada kita terutama dalam perancangan kewangan dan kedudukan ekonomi kita.

Ada beberapa isu didalam NAP yang aku ingin kongsi bersama kawan-kawan pembaca, pengikut blog dan tetamu baru.

Isu pertama : Pemberhentian import alat ganti terpakai

Pemberhentian import alat ganti terpakai akan berkuatkuasa pada 2011. Ini merupakan silent killer untuk pemilik kereta lama dan juga kereta baru. Pada ketika ini, harga alat ganti baru amat tinggi jika dibandingkan dengan kedai potong. Ketika polisi ini berkuatkuasa kelak, pemilik kereta tidak mempunyai pilihan kecuali menggunakan alat ganti baru apabila stok alat ganti terpakai habis di pasaran.

Ini merupakan satu strategi kerajaan dalam menguatkuasakan pelupusan kenderaan lama. Rakyat Malaysia sehingga kini tetap bersabar walaupun terpaksa membayar harga kereta baru yang tinggi berbanding negara-negara lain di dunia! Tidak cukup dengan itu, kini mereka terpaksa membayar harga yang tinggi pula untuk alat ganti. Jom kita buka kedai alat ganti…!!!

Isu kedua : Pemeriksaan wajib kenderaan melebihi 15 tahun

Polisi ini telah ditunda pelaksanaannya berdasarkan kepada maklumbalas orang ramai ketika ia diumumkan. Kita lihat di eropah dan jepun mereka ada pemeriksaan wajib kenderaan tetapi pemeriksaan ini boleh dilakukan di mana-mana bengkel kereta yang di tauliah oleh Ministry of Transport. Sekurang-kurangnya rakyat tidak terbeban untuk menunggu giliran di PUSPAKOM tak gitu?

Isu ketiga: AP holder

AP akan dilupuskan pada 2015. Apa yang menarik tentang ini adalah statement yang diberikan oleh seorang menteri yang mengatakan 2015 itu munasabah bagi memberikan peluang kepada pemegang AP untuk menceburi bidang perniagaan lain. Sungguhpun begitu, adalah amat tidak munasabah apabila pengusaha kedai potong hanya diberi masa 1 tahun sedangkan pemegang AP yang telah sekian lama mengaut keuntungan diberi masa 5 tahun?..

Intipati NAP adalah berobjektif untuk menggalakkan rakyat membeli kereta baru dan melepaskan kereta lama mereka. Ramai yang berpendapat NAP ini bertujuan untuk melindungi proton. Pendapat ini sangat kuat apabila difikirkan yang pengeluar kereta nasional ini tergamak untuk membezakan kualiti kereta untuk eksport dgn kualiti untuk tempatan (local market) tanpa dikenakan tindakan oleh kerajaan. That’s daylight robbery my friends…

Ramai pengemar kereta kcar akan mencari model JDM (JDM ni maknanya Japanese Domestic Market) kerana model JDM berbeza dari model eksport. Lihatlah jepun memberikan kualiti istimewa untuk local market mereka sedangkan kita Malaysia amat berbeza dengan menawarkan substandard goods kepada local market!

Kesimpulannya dari segi ekonomi, masa depan untuk tahun 2010-2011 ini tidak menampakkan cahaya di sebalik awan tebal. Kita terpaksa menilai kembali perancangan kewangan kita dan pastikan tidak terbeban dengan hutang baru dalam keadaan ekonomi yang sebegini dan polisi kerajaan yang penuh tanda tanya. Walaubagaimanapun, pandulah cermat, jangan lupa tentang Total Cost of Ownership ketika mebuat bajet, rancanglah berdasarkan kemampuan dan berusahalah untuk kebaikan generasi muda kita…

Jumpa lagi!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

About this blog

This blog deals with various topics and happenings around the author's life, his thoughts, ideas, activities and what not. Please leave a comment when you stop by okkie...

Followers

DANA

Incoming Calls


ShoutMix chat widget