atmospheric pressure

interests - family - life

Kereta Daihatsu charade warna merah Ferrari yang aku beli tempoh hari menggunakan enjin berkod CB23. Enjin ini berkeupayaan 1 liter dan menggunakan carburetor sebagai pencetus bahan apinya. Tengoklah sendiri keadaan enjin CB23 ni..

Tidak berpuas hati dengan keupayaan kereta kecilku ini, aku mula membuat kajian bagaimana mahu meningkatkan prestasi kereta charade merah Ferrari ni dan meningkatkan penjimatan petrol. Ada beberapa nadi penggerak yang mampu dimasukkan kedalam kereta charade ini. Enjin yang berada di kedudukan teratas senarai aku merupakan enjin CB34 iaitu sebuah enjin turbodiesel yang berkeupayaan 1 liter. Enjin ini merupakan enjin turbodiesel yang terkecil di dunia pada ketika dilancarkan dan dipadankan kepada body Daihatsu charade! Paling best sekali aku ada jumpa satu enjin lantai turbodiesel ini di halfcut.


Tetapi memandangkan enjin tersebut sangat jarang ditemui di Malaysia dan tidak pernah dilihat di dalam body Daihatsu charade di Malaysia aku terpaksa membatalkan hasrat untuk menggunakan enjin tersebut. Maklumlah kalau dah pasang tetapi alat ganti tak ada kan ke susah tu…

Enjin kedua dalam senarai nadi penggerak merupakan enjin berkod CB50/51 yang merupakan sebuah enjin carburetor turbo. Tengok keadaan enjin CB50/51 ni..

Best kan…. Masalah enjin ini yang selalu menghantui penggunanya adalah vacuum hose yang banyak. Enjin ini juga diberitakan perlu selalu dituning kerana banyak vacuum hoses dan enjin carburetor la katakan..

Enjin ketiga dalam senarai merupakan enjin yang tidak asing lagi dalam dunia kcar iaitu enjin berkod EJ-DE. Enjin ini berkeupayaan 989cc dengan kuasa maxima 40.5kW pada 5200RPM dan torque maxima 88.5Nm pada 3600RPM. Enjin ini merupakan enjin NA(makna NA untuk kawan-kawan yang belum tahu adalah Normal Aspirated) dan dari model Perodua Kelisa di Malaysia atau Daihatsu Cuore di Jepun. Masalah enjin ini adalah mountingnya duduk di bawah dan amat berbeza dengan mounting enjin CB yang merupakan straight swap kepada body Daihatsu charade.

Enjin keempat dalam senarai merupakan enjin CB70/80 yang menjadi idaman pengguna charade.


Enjin ini merupakan sebuah enjin turbo DOHC berkeupayaan 993cc dengan kuasa maxima 78kW pada 6500RPM dan torque maxima 130Nm pada 3500RPM. Setelah menilai dan memikirkan penggunaan jangka masa panjang, aku telah membuat keputusan untuk menggunakan enjin ini dalam kereta kecil berwarna merah Ferrari ku itu. Yang paling best enjin ini merupakan satu kerja straight swap untuk body charade aura dan sedikit modifikasi untuk body charade G11 yang aku guna dan mengambil kira power to weight aku pasti lebih menjimatkan dari segi penggunaan petrol…yehaa….

2 comments:

den raso elok ekau lotak enjin mesin potong rumput aya . nanti den nego gan aya jago bungo miat tuh !!! amacam ?

bro..mane saya bleh dpt enjin turbodiesel tu..
dh lame cari nih..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

About this blog

This blog deals with various topics and happenings around the author's life, his thoughts, ideas, activities and what not. Please leave a comment when you stop by okkie...

Followers

DANA

Incoming Calls


ShoutMix chat widget