atmospheric pressure

interests - family - life

Terdapat banyak antivirus di pasaran sekarang ini dan harganya telah murah berbanding dengan ketika zaman plaza imbi dahulu. Bayangkan harga antivirus dahulu akan mencecah ratusan ringgit dan ini akan menyukarkan orang yang bajet kecil untuk memperolehinya melainkan membeli yang cetak rompak. Sekarang ini kalau beli kaspersky baru bernilai RM50 campur tolak dan boleh diperolehi di stesen petronas. Tetapi lesennya untuk tahunan ye jangan lupa.

Sungguhpun begitu, untuk orang yang bajetnya masih lagi kecil dan mencari yang bargain, kita boleh gunakan antivirus yang free. Cuma macamana nak tahu mana satu yang ok dan boleh menghalang kebanyakan virus?

Antara antivirus percuma yang terkenal sekarang ini adalah seperti berikut:

1) Avira Antivir personal
2) Avast 4 home edition
3) AVG free edition

Setiap antivirus ini telah pun diakreditasi oleh VB100%, ICSALabs dan Checkmark. Untuk itu, kita boleh tengok review dari sini atau dari AV-test.org yang merupakan satu projek untuk menganalisis antivirus yang ada di pasaran.

So mana satu antivirus yang bagus? Mengikut review, kategori berikut telah dijadikan criteria penilaian.

  1. Kadar detection - Avast mendapat markah tertinggi di sini tetapi kadar positif yang salah juga tinggi.
  2. Masa respon - Masa respon adalah masa dimana developer antivirus ini mengeluarkan antivirus kepada virus-virus baru. Avira mendapat rating yang tinggi disini.
  3. Compressed dan archived files - Rating tinggi untuk criteria ini adalah Avira
  4. Adware dan spyware - ketiga-tiga antivirus tidak memperolehi rating yang baik untuk kriteria ini dengan Avast memperolehi rating terbaik daripada ketiga-tiga antivirus.
  5. Kesan pada sistem - kriteria ini merupakan disk space yang digunakan dimana AVG mendapat rating terbaik iaitu 30Mb sahaja.
  6. Support - Free pun nak support ke?
Penggunaan antivirus ini yang paling penting adalah updates. Pastikan sentiasa mendapat update terkini baik untuk antivirus berbayar mahupun yang free. Perlukah kepada antivirus? Lu pikir la sendiri.......

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

About this blog

This blog deals with various topics and happenings around the author's life, his thoughts, ideas, activities and what not. Please leave a comment when you stop by okkie...

Followers

DANA

Incoming Calls


ShoutMix chat widget