Terdapat banyak antivirus di pasaran sekarang ini dan harganya telah murah berbanding dengan ketika zaman plaza imbi dahulu. Bayangkan harga antivirus dahulu akan mencecah ratusan ringgit dan ini akan menyukarkan orang yang bajet kecil untuk memperolehinya melainkan membeli yang cetak rompak. Sekarang ini kalau beli kaspersky baru bernilai RM50 campur tolak dan boleh diperolehi di stesen petronas. Tetapi lesennya untuk tahunan ye jangan lupa.
Sungguhpun begitu, untuk orang yang bajetnya masih lagi kecil dan mencari yang bargain, kita boleh gunakan antivirus yang free. Cuma macamana nak tahu mana satu yang ok dan boleh menghalang kebanyakan virus?
Antara antivirus percuma yang terkenal sekarang ini adalah seperti berikut:
1) Avira Antivir personal
2) Avast 4 home edition
3) AVG free edition
Setiap antivirus ini telah pun diakreditasi oleh VB100%, ICSALabs dan Checkmark. Untuk itu, kita boleh tengok review dari sini atau dari AV-test.org yang merupakan satu projek untuk menganalisis antivirus yang ada di pasaran.
So mana satu antivirus yang bagus? Mengikut review, kategori berikut telah dijadikan criteria penilaian.
- Kadar detection - Avast mendapat markah tertinggi di sini tetapi kadar positif yang salah juga tinggi.
- Masa respon - Masa respon adalah masa dimana developer antivirus ini mengeluarkan antivirus kepada virus-virus baru. Avira mendapat rating yang tinggi disini.
- Compressed dan archived files - Rating tinggi untuk criteria ini adalah Avira
- Adware dan spyware - ketiga-tiga antivirus tidak memperolehi rating yang baik untuk kriteria ini dengan Avast memperolehi rating terbaik daripada ketiga-tiga antivirus.
- Kesan pada sistem - kriteria ini merupakan disk space yang digunakan dimana AVG mendapat rating terbaik iaitu 30Mb sahaja.
- Support - Free pun nak support ke?